Membajak


  1. Menggala (Membajak) Sawah

    Peralatan persawahan tradisional yang digunakan ialah tenggala. Biasanya tenggala ini di buat daripada kayu-kayu terpilih yang senang di bentuk iaitu lazimnya kayu halban. Dalam menjalankan kerja-kerja ini selalunya tenaga kerbau digunakan tetapi ada ketikanya tenaga lembu digunakan. Biasanya kerja-kerja yang dijalankan dengan kuasa lembu memerlukan 2 ekor lembu kerana tenaga lembu tidak sekuat tenaga kerbau. Fungsi alat tenggala ini ialah untuk membalik-balikkan tanah sawah.


  2. Menyisir (Sisir)

    Setelah selesai kerja-kerja menggala (membajak), ketulan-ketulan tanah semasa menggala akan dibiarkan selama beberapa hari berendam air, bertujuan untuk melembutkannya. Untuk menghalus, merata dan memecahkan ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya dari rumput rampai, sejenis alat persawahan tradisional yang disebut sebagai penyisir atau sisir digunakan. Ada 3 jenis penyisir iaitu:

    1. Penyisir Kayu

      Penyisir ini dibuat daripada kayu cengal, halban atau kayu beruas dan mata atau giginya dibuat daripada batang pokok pinang atau pokok nibong yang diraut halus.


    2. Penyisir Besi

      Penyisir ini berbentuk serupa dengan penyisir kayu. Ianya diperbuat daripada besi semuanya kecuali pemegangnya sahaja dibuat daripada kayu.


    3. Penyisir Kapar / Sisir Kapar

      Penyisir ini berbentuk 'T'. Ianya dibuat daripada kayu dan matanya dari batang nibong atau pinang.
    MENGGALA (MEMBAJAK SAWAH)
    Kerja-kerja menggala (bajak) sawah sedang dilakukan oleh seorang petani dengan menggunakan tenggala yang ditarik oleh seorang kerbau.
    KERBAU
    Boleh dianggap sebagai jentera dalam proses membajak sawah. Ia akan bertindak sebagai penarik tenggala.
    SISIR BESI
    Peranan dan fungsinya sama seperti sisir kayu iaitu untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya dari rumput rampai.
    SISIR KAPAR
    Untuk menarik kapar di dalam petak sawah. Kebiasaannya, peralatan ini digunakan untuk menarik kapar ditempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh kerbau. Tempat-tempat tersebut ialah kawasan dalam dan penjuru petak sawah. Sisir kapar lebih kecil daripada sisir besar. Selain membuang kapar, ia juga dapat meratakan tanah sawah.
  3. Menggiling Tanah
  4. Kaedah ini merupakan peringkat terakhir dalam penyediaan petak-petak sawah. Alat yang digunakan ialah tenggiling. Ianya diperbuat daripada batang kayu yang dipotong mengikut perlu dan berbentuk seperti belimbing segi. Tenggiling ini dibahagi kepada dua jenis iaitu "Tenggiling Belangkas" dan "Tenggiling Belimbing". Cara penggunaannya sama seperti kerja-kerja menggala (membajak) dan menyisir kerana kerbau digunakan untuk menariknya. Kegunaannya ialah untuk meratakan tanah sawah dan melembutkannya bagi memudahkan kerja-kerja penanaman padi dijalankan. Setelah selesai semua kerja-kerja seperti menggala (membajak), menyisir (sisir) dan menggiling, air akan ditakung semula dalam petak-petak sawah untuk proses penanaman padi.
    TENGGILING
    Untuk memecahkan tanah yang berketul dan meratakan tanah selepas disisir. Proses meratakan tanah belum begitu baik tanpa menggunakan tenggiling. Diperbuat daripada kayu yang berbentuk seperti belimbing segi. Panjangnya antara 5 hingga 7 kaki dan bergaris pusatnya 6 inci. Kerbau diperlukan untuk menjalankan tenggiling.



  5. Memindahkan Anak Padi (Semai) Dari Tapak Semaian
  6. Anak padi (semai) yang sudah cukup umur (empoh) akan dicabut dan dijadikan "Cap" atau "unti" (ketul). Biasanya kerja-kerja ini dilakukan oleh kaum wanita secara berderau (gotong-royong). Semai-semai yang telah siap dijadikan ketul akan dipindah (angkut) ke petak-petak sawah oleh kaum lelaki dengan menggunakan pengadar / salang yang dibuat daripada buluh atau ditarik menggunakan palung (sampan kecil). Ketul-ketul semai akan di atur di petak-petak sawah bagi memudahkan kerja-kerja menanam padi dijalankan.
    MENCABUT SEMAI
    Kerja-kerja mencabut semai sedang dilakukan oleh kaum wanita.
    SEMAI-SEMAI
    Semai-semai yang telah diketulkan dihimpun, kemudian diangkat ke petak-petak sawah yang disediakan untuk proses menanam padi.
    PENGANDAR SEMAI
    Alat teknologi persawahan tradisional ini digunakan untuk mengangkut / memindahkan ketul-ketul semai dari petak semaian ke petak-petak sawah untuk ditanam. Alat ini juga dikenali sebagai pengandar rumput.
  1. Menanam Padi

No comments:

Post a Comment